Thursday, March 12, 2009

MARS VS VENUS

The article from INTREND magazine (March edition) makes me smile alone. Teringat kisah sendiri. Lets senyum kambing with me.

Kata orang lelaki
“Inilah rumahku syurgaku, sehinggalah the mother of queen (isteri) balik.”
Jawab orang perempuan
“Andainya pulang dengan rumah berselerak, memanglah Queen of the house marah sebab siapa pula perlu berkemas nanti?”

Kata orang lelaki
“Akulah bos di rumah, tapi nak dapat pangkat tu kena minta izin daripada Home Management. Siapa lagi keahliannya kalau bukan isteri aku?”
Jawab orang perempuan
“Secara umumnya, isteri pun hilang kebebasan selepas berkahwin. Ni, suami bercakap seperti dia saja yang tak bebas lagi. Mana adil?”

Kata orang lelaki
“Saya kahwin dah 35 tahun, tak pernah fikir mengenai hilang kebebasan. Kami suami isteri bebas melakukan apa yang disukai selepas kahwin. Tetapi dengan sendirinya kami hilang minat terhadap perkara lain melainkan untuk bersama pasangan.”
Jawab orang perempuan
“Kadang-kadang bukan suami itu tidak bebas melakukan apa sahaja. Tetapi dia sendiri yang mahu duduk-duduk di rumah. Bukan isteri dapat haling pun kalau mereka nak keluar.”

Kata orang lelaki
“Ada perkara boleh dan tidak boleh dilakukan selepas berkahwin. Suami mahupun isteri sama-sama kehilangan kebebasan dalam kehidupan. Masing-masing perlu saling menghormati. Apa-apa perlu rujuk isteri.”
Jawab orang perempuan
“Haruslah. Berkahwin bukan hidup sendiri lagi. Missal kata yang berbaki cuma RM100, mestilah kita kena tanya pendapat pasangan juga, apa keperluan belum dibeli sebelum kita belanjakannya sesuka hati.”

Kata orang lelaki
“Ada isteri menyalahkan keluarga suami. Mereka tidak boleh setentang mata dengan mentua atau biras perempuan, mesti nak bergaduh. Saya tak faham langsung!”
Jawab orang perempuan
“Boleh berubah semua itu kalau sikap suami lebih positif dan menyokong isteri. Bukan komen atau tuduhan membabi buta tetapi lihat dan fahami keadaan ini dengan seadilnya.”

Kata orang lelaki
“Kalau dah berkeluarga, semestinya lelaki berfikir mahu menaiktarafkan kehidupan keluarga. Nak beli macam-macam untuk mereka bukan sekadar makan dan minum. Tapi ada isteri sentiasa tak cukup dengan apa yang ada, bagaimana?”
Jawab orang perempuan
“Isteri kadang-kadang bukan sekadar mahu harta benda tetapi juga kasih saying. Apalah gunanya hidup dilimpah kemewahan tetapi akhirnya ditinggal-tinggalkan jua. Betul tak?”

Kata orang lelaki
“Isteri kalau ke salun sampai dua jam. Itu paling sekejap. Walhal nasi di rumah pun belum masak.”
Jawab orang perempuan
“Mestilah, kita nak cantik! Kalau tak cantik, suami nak cari bini baru. Katanya, isteri tak in dan selekeh.”

Kata orang lelaki
“Dua-dua belah pihak akan hilang kebebasan. Bila mahu ukur siapa lebih rugi banyak, rasanya bergantung kepada hubungan dua insan dalam rumah tangga.”
Jawab orang perempuan
“Salah! Wanita lagi terikat di rumah kerana sekarang bukan soal dua insan. Anak-anak? Perasaan suami atau isteri bukan lagi jadi utama atau kedua, tetapi terletak paling akhir.”

Kata orang lelaki
“Saya fikir lelaki paling rugi kalau dapat isteri yang bossy.”
Jawab orang perempuan
“Tengok keadaan juga. Kadang-kadang ada juga lelaki bossy dan cemburu tidak menentu. Mengawal isteri mesti begitu dan mesti begini. Dia sajalah yang boleh dan ikut cara dia saja.”

Kata orang lelaki
“Tengok suami mithali seperti saya, buka pintu untuk isteri.”
Jawab orang perempuan
“Itu pun kalau kereta baru. Tak pun, isteri baru. Kita juga makan hati.”

Kata orang lelaki
“Ada juga dalam rumah tangga, suami tidak boleh menyuarakan pendapat langsung. Tak adil betul!”
Jawab orang perempuan
“Itu sesetengah isteri saja dalam sebuah rumah tangga tidak bahagia. Perlu ada perbincangan dan komunikasi yang baik.”

Kata orang lelaki
“Suami tanggung jawabnya besar, mahu menyediakan tempat perlindungan. Kepentingan isteri lebih diutamakan daripada diri sendiri. Jadi lelakilah yang lebih pening kepala.
Jawab orang perempuan
“Isteri lebih pening kerana selepas berkahwin kena berpindah ke kediaman baru. Nak menyesuaikan diri dengan tempat baru dan orang asing, jiran baru dan sebagainya. Rasa sunyi sangat!”

Kata orang lelaki
“Cinta itu buta, perkahwinan jadikan kita celik.”
Jawab orang perempuan
“Oh, dah kahwin baru celik mata. Masa bercinta semuanya manis. Mestilah selepas berkahwin baru nampak warna sebenar. Tetapi kalau masa bercinta lagi lelaki sudah jujur, selepas berkahwin pasti kurang masalah. Betul tak suamiku?”


Hehehee… amacam? Kelakar juga hidup suami isteri ni kan.. apa-apa pun bagi saya, kata kunci dalam perhubungan ialah toleransi. Kalau kita ingat akan pasangan kita, kita akan ketepikan ego kita, kita akan melakukan sesuatu yang menyenangkan kedua-dua pihak. Kalau kita bertoleransi dengan pasangan kita, kita akan sama-sama menyelesaikan sebarang masalah bersama so, tidaklah bertengkar selalu kan… ah.. selepas ini marilah kita renungkan bersama hidup kita..

4 comments:

BeautifulSheera said...

Dawn, nda lama lagi ko tu..
Ba, blajar2 la ya, pastu ko pass tips ngan saya di sini..
wakakakkaka..
Jan lupa jemput saya. Datang KK, berjumpa konon kita. Ko ni..

JMimie said...

people say..courting is about love but marriage is about proving ur love to ur partner..bah dawn, nanti kasi tau kami ko punya next experiences bila da masuk betul2 ke real world of marriage ah..betul ka inda ini urang cakap ni..haha

Babyrenn Ayon said...

O, rupanya ko pun minat mag Intrend ye? I luv it too..best, byk petua2 kecantikan, fesyen & alam rumahtangga of koz..

Anonymous said...

hehehe..i think we have come acrossed this before n during marriage,wifey vs hubby thingy in countless mags rite dawn?.. it seems the hubby r always complaining over the same thing which is 'freedom'!!but,yeah it's interesting to know how life is going to be after we get married;-)

 

A TALE OF A FABLED LADY © All Rights Reserved | Design and Illustration by Emila Yusof